umumnyaadalah jenis usaha yang dipilih oleh penguasaha kecil dan menengah bahkan oleh para profesional . memperkenalkan LLP sebagai ben tu usaha baru di Malaysia pada tahun 2009. 16. Peternakanadalah kegiatan usaha budi daya hewan yang diambil hasilnya. Hasil peternakan terdiri atas daging, telur, susu, kulit, dan bulu. Jenis peternakan dapat dibedakan sebagai berikut: Peternakan hewan kecil, seperti kelinci, kambing, domba, dan biri-biri. Peternakan hewan besar, contohnya sapi, kerbau, dan kuda. Beberapacontoh usaha minim modal dengan peluang untung menjanjikan di bawah ini mungkin sesuai dengan skill dan passion Anda. Yuk investasi di Ajaib sekarang. Ada banyak usaha dan profesi yang bisa dicoba dan semakin banyak dibutuhkan saat ini antara lain. Semuanya bisa kamu lakukan dengan mudah dan sesuai dengan tujuan keuanganmu di masa depan. Fast Money. Abstrak Keusahawanan adalah merupakan satu aktiviti bertujuan untuk menambahkan kekayaan negara melalui peningkatan aktiviti ekonomi untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi kepada masyarakat. Ekosistem keusahawanan menyokong pembentukan keusahawanan inovatif, produktif, dan berkembang pesat. Mereka terdiri daripada pelbagai unsur yang berinteraktif antara satu sama lain. Semua unsur ini perlu selari supaya syarikat yang berinovatif dan berkembang pesat terus makmur. Syarikat ini juga perlu kepada pekerja mahir. Mereka perlu kepada akses teknologi. Mereka memerlukan infrastruktur yang berfungsi dengan baik. Mereka memerlukan nasihat khusus dan sokongan. Mereka perlu akses kepada kewangan. Mereka memerlukan premis perniagaan. Mereka perlu rangka kerja kawal selia yang menyokong. Bagi menyokong perkembangan keusahawanan ini, peranan institusi adalah sangat penting, ini merujuk kepada peranan pemerintah. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keusahawanan mikro ini berkembang. Adakah kerajaan telah memberi sokongan yang sewajarnya untuk memastikan pertumbuhan usahawan mikro ini di Malaysia. Melihat kepada profil usahawan mikro ini kita dapat membuat beberapa kesimpulan tentang pencapaian serta potensi sektor ini kepada negara. Katakunci Perusahaan Kecil dan Sederhana, PKS Mikro, Keusahawanan Discover the world's research25+ million members160+ million publication billion citationsJoin for free Profil Usahawan Mikro di Malaysia Abu Sufian Abu Bakar1*, Abdul Rahim Anuar2, Ahmad Zubir Ibrahim2, Mohd Najib Mansor1, Badariah Haji Din2, Kalsom Kayat2, Shazida Jan Mohd Khan1, Nur Syamilah Md Noor2, Wan Nurmahfuzah Jannah Wan Mansor2, Mariana Usman2 1College of Business, Universiti Utara Malaysia, 06010, Kedah 2 Colleges of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia, 06010, Kedah *sufian Abstrak Keusahawanan adalah merupakan satu aktiviti bertujuan untuk menambahkan kekayaan negara melalui peningkatan aktiviti ekonomi untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi kepada masyarakat. Ekosistem keusahawanan menyokong pembentukan keusahawanan inovatif, produktif, dan berkembang pesat. Mereka terdiri daripada pelbagai unsur yang berinteraktif antara satu sama lain. Semua unsur ini perlu selari supaya syarikat yang berinovatif dan berkembang pesat terus makmur. Syarikat ini juga perlu kepada pekerja mahir. Mereka perlu kepada akses teknologi. Mereka memerlukan infrastruktur yang berfungsi dengan baik. Mereka memerlukan nasihat khusus dan sokongan. Mereka perlu akses kepada kewangan. Mereka memerlukan premis perniagaan. Mereka perlu rangka kerja kawal selia yang menyokong. Bagi menyokong perkembangan keusahawanan ini, peranan institusi adalah sangat penting, ini merujuk kepada peranan pemerintah. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keusahawanan mikro ini berkembang. Adakah kerajaan telah memberi sokongan yang sewajarnya untuk memastikan pertumbuhan usahawan mikro ini di Malaysia. Melihat kepada profil usahawan mikro ini kita dapat membuat beberapa kesimpulan tentang pencapaian serta potensi sektor ini kepada negara. Katakunci Perusahaan Kecil dan Sederhana, PKS Mikro, Keusahawanan 1. Pengenalan Lebih 100 tahun yang lalu, dalam teori ekonomi pembangunan, Joseph Schumpeter menegaskan bahawa usahawan adalah penting bagi pembangunan. Menurut Schumpeter dalam dunia yang bersaing ini mengapa wujud perbezaan yang sangat ketara tahap pembangunan antara satu negara dengan yang lain. Kepentingan institusi seperti pemerintah dan pendidikan semakin ketara kepada pembangunan ekonomi Acemoglu & Robinson, 2011. Institusi ini penting kerana mereka mencipta struktur insentif yang menentukan tingkah laku usahawan. Tanpa insentif yang positif dalam masyarakat, usahawan tidak akan terlibat dalam aktiviti yang lebih produktif. Dalam dunia yang bersaing ini setiap negara akan berusaha untuk terus maju demi kelangsungan rakyat mereka. Sekiranya dunia gagal melahirkan usahawan muda yang produktif, dunia akan menempuh zaman gelap. Oleh sebab itu negara perlu tahu dan memandang serius peranan usahawan dalam meneruskan kelangsungan kehidupan manusia. Dalam teks klasik oleh Rostow 1960 berjudul, The Stages of Economic Growth, menyatakan bahawa setiap negara akan melalui lima peringkat pertumbuhan ekonomi iaitu 1 masyarakat tradisional, 2 syarat awal untuk take-off, 3 take-off, 4 mencapai kematangan dan 5 penggunaan secara besar-besaran. Peringkat yang dinyatakan oleh Rostow ini adalah cara yang mudah untuk melihat perkembangan ekonomi moden, dengan mengenalpasti setiap peringkat dari peristiwa yang berlaku dalam sesebuah negara. Manakala peringkat penggunaan besar-besaran yang tinggi menurut Michael Porter 2002 adalah kesan dari perkembangan terkini dalam inovasi ekonomi. Porter telah memberikan tafsiran moden dari pendekatan Rostow ini dengan mengenal pasti tiga peringkat pembangunan 1 peringkat didorong oleh faktor, 2 peringkat didorong oleh kecekapan dan 3 peringkat didorong oleh inovasi. Peringkat pertumbuhan yang dicadangkan oleh Porter ini dapat diterangkan oleh lengkung berbentuk S yang memberi dua persoalan penting tentang keusahawanan. Pertama, pada peringkat awal pertumbuhan menunjukkan bahawa jika individu dalam sebuah negara adalah miskin mereka mungkin berada dalam perangkap kemiskinan, di mana peluang untuk peningkatan pendapatan atau kekayaan adalah terhad. Ini kerana bagi mereka yang berada dalam perangkap kemiskinan, pendapatan besok akan kurang daripada hari ini, dan sebarang percubaan untuk keluar dari perangkap ini boleh menyebabkan pendapatan pada masa depan semakin berkurangan. Situasi ini dapat membantu untuk menjelaskan mengapa individu miskin serta negara-negara miskin kurang terlibat dalam bidang keusahawanan produktif. Pada peringkat kedua pertumbuhan pula merupakan keadaan di mana pendapatan besok adalah lebih besar daripada pendapatan hari ini. Keadaan ini akan mendorong pelbagai aktiviti keusahawanan yang produktif. Kawasan di atas lengkung S pula merupakan "Lembah Kemunduran", dan sesebuah negara itu akan berupaya untuk keluar dari lembah tersebut bergantung kepada keberkesanan institusi-institusi yang wujud dalam negara tersebut. Apabila institusi menjadi kuat, aktiviti-aktiviti yang tidak produktif akan berkurangan, dan lebih banyak aktiviti keusahawanan yang kurang produktif beralih kepada keusahawanan yang produktif, sekali gus mengukuhkan pembangunan ekonomi. Sumber kedua kemunduran adalah keusahawanan yang tidak produktif, di mana kita mengambil sumber dari satu kumpulan dan memberi kepada kumpulan yang lain. Keadaan ini dirujuk sebagai aktiviti rent seeking yang berlaku di banyak negara. Jika kegiatan rent seeking ini berlaku dalam kerajaan dan perniagaan, usahawan akan enggan untuk membuat pelaburan jangka panjang bagi mencipta firma produktif yang berimpak tinggi. Oleh yang demikian, kita perlu mengakui kepentingan kesan keusahawanan produktif yang mampu mencipta nilai sosial yang baik dalam masyarakat serta akan mengubah tingkah laku usahawan. Kertas kerja ini cuba untuk melihat secara lebih mendalam tentang siapakah usahawan mikro ini. Kajian akan melihat kepada profir usahawan mikro serta melihat sejauh mana mereka dapat terus memberi sumbangan yang penting kepada pertumbuhan ekonomi 2. Definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS Mengikut definasi yang di keluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia 2013, Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS di kelas kepada 3 kategori iaitu Mikro, Kecil dan Sederhana. Pembahagian ini adalah berdasar kepada dua kriteria iaitu bilangan pekerja sepenuh masa dan nilai jualan tahunan. Jadual 1 di bawah memaparkan pembahagian PKS berdasarkan kepada kretirea tersebut. Bagi KPS Mikro ia mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa kurang dari 5 orang dan nilai jualan tahunan kurang dari RM250,000 untuk sektor pembuatan dan RM200,000 untuk sektor lain. 3. Sumbangan PKS kepada ekonomi Malaysia Pada tahun 2010, PKS menyumbang peratus daripada jumlah pertubuhan 591,883 dalam sektor perkhidmatan. Pertubuhan yang dikategorikan sebagai mikro menyumbang peratus 462,420, diikuti oleh kecil, peratus 106,061 dan sederhana, peratus 12,504. Dari segi sumbangan kepada Output Kasar, PKS Kecil mempunyai sumbang terbesar sebanyak bilion di ikuti oleh PKS Mikro yang menyumbang sebanyak bilion, sementara PKS Sederhana menyumbang sebanyak bilion. Sementara dari segi sumbangan Nilai Ditambah, PKS kecil menyumbang sebanyak bilion, PKS Mikro menyumbang sebanyak bilion sementara PKS Sederhana sebanyak bilion. Majoriti PKS di dalam sektor perkhidmatan beroperasi sebagai pemilik perseorangan iaitu Syarikat Sendirian Berhad di dalam PKS mewakili manakala perkongsian menyumbang Taraf sah pertubuhan mikro didominasi oleh pemilik perseorangan sebanyak sementara syarikat Sendirian Berhad adalah dominan dalam PKS sederhana dan kecil, dengan sumbangan masing-masing sebanyak dan Bilangan pekerja PKS dalam sektor perkhidmatan adalah seramai 1,973,083 orang atau daripada jumlah keseluruhan pekerja pada tahun 2010. Pertubuhan kecil menggaji pekerja yang paling ramai iaitu 928,609 orang atau pekerja bergaji. Pertubuhan mikro menggaji 659,539 orang atau pekerja bergaji manakala baki 384,935 orang atau digaji dalam pertubuhan saiz sederhana. 4. Metodologi kajian Reka bentuk kajian ini adalah secara deskriptif tinjauan yang berbetuk kuantitatif dan kualitatif mixed-method dengan menggunakan kaedah tinjauan/lapangan. Kajian menggunakan data primer yang diperoleh daripada borang soalselidik melalui proses temubual bersemuka dengan responden yang dipilih dalam kawasan kajian yang telah ditentukan. Persempelan kajian ini adalah berdasarkan kepada kerangka Jabatan Statistik dari Banci Ekonomi Perusahawan Kecil dan Sederhana pada tahun 2011. Dari 2000 sample yang dibekalkan hanya 1150 sahaja diketegori sebagai PKS Mikro. Kerja lapangan yang dijalan sekitar bulan April hingga Julai 2015 berjaya menemubual 830 entiti PKS Mikro seluruh Malaysia. 5. Dapatan Kajian Profil Usahawan Mikro Di Malaysia Etnik Dapatan kajian mengikut bangsa adalah seperti dalam Jadual 2 di bawah. Sejumlah responden adalah bangsa Melayu, sementara berbangsa Cina dan 3% bangsa India. Jadual 2 Pecahan Usahawan Mikro Mengikut Bangsa Bangsa Frequency Peratus Melayu 420 Cina 356 India 25 Lain-lain 29 Total 830 Jantina dan Umur Dari Jadual di bawah dapat dilihat hampir 62% responden adalah terdiri dari lelaki dan 38% adalah wanita. Sungguh pun golongan lelaki mendominasi dalam aktiviti keusahawanan mikro ini namun peranan golongan wanita semakin penting. Golongan ini perlu diberi lebih pendedahan supaya mereka dapat memberi sumbangan kepada pendapatan keluarga dari aktiviti keusahawanan yang diceburi. Di samping itu mereka juga dapat memberi sumbangan yang penting dan kekuatan baru kepada ekonomi negara. Jadual 3 Jantina Responden Jantina Frequency Peratusan Lelaki 518 Perempuan 312 Total 830 100 Berdasarkan Jadual 4 di bawah, hampir 53% usahawan berada dalam lingkunan umur bawah 40 tahun, di mana secara keseluruhan berada dalam julat umur 36 hingga 40 tahun, diikuti dengan julat umur antara 31 hingga 35 tahun. Sementara itu golongan yang berumur lebih dari 40 tahun adalah sebanyak 47%, dengan 21% berada dalam julat umur 41 hingga 45 tahun, diikuti dengan dalam julat umur 46 hingga 50 tahun. Kesemua mereka ini berada pada peringkat umur yang sangat produktif, namun begitu golongan remaja perlu diberi lebih pendedahan untuk menceburi bidang keusahawanan kerana lagi awal mereka masuk ke dalam dunia keusahawan lebih banyak peluang yang mereka boleh perolehi, ini kerana aktiviti keusahawanan memerlukan stamina yang tinggi. Jadual 4 Umur Usahawan Mikro Umur Frequency Peratusan 15-20 Tahun 10 21-25 Tahun 43 26-30 Tahun 77 31-35 Tahun 122 36-40 Tahun 185 41-45 Tahun 173 46-50 Tahun 103 51-55 Tahun 68 56-60 Tahun 25 61-65 Tahun 17 > 66 Tahun 6 Total 829 100 Taraf pendidikan Keupayaan pendidikan adalah merupakan satu factor yang penting dalam menentu keupayaan usahawan untuk Berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa. Mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih baik selalunya mempunyai daya kretiviti yang juga lebih tinggi disamping mempunyai keyakinan diri yang jauh lebih mantap. Dapatan kajian menunjukan bawaha lebih dari 54% responden mempunyai taraf pendidikan lepesan SPM dan setaraf. Sementara hampir 12% usahawan hanya mempunyai taraf pendidikan SRP dan ke bawah. Jadual berikut memaparkan taburan taraf pendidikan usahwana mikro. Carta 1 Jantina dan Umur Usahawan Mikro Jadual 5 Taraf pendidikan usahawan mikro Taraf Pendidikan Frequency Peratusan Tidak Bersekolah 9 Sekolah Rendah/UPSR 35 PMR/SRP/LCE dan yang setaraf 53 SPM/SPMV/MCE dan yang setaraf 445 STPM/HSC dan yang setaraf 50 Sijil 36 Diploma 108 Sarjana Muda 85 Sarjana 7 .8 Lain-lain 2 .2 Total 830 Namun begitu jika dilihat pecahan umur usahawan berbanding taraf pendidikan, dapat diperhatikan bawah responden yang berumur lebih 40 tahun secara keseluruhan mempunyai taraf pendidikan yang lebih rendah berbanding dengan usahawan yang berusia bawah 40 tahun. Rajah 2 di bawah memperlihatkan taburan antara taraf pendidikan dan umur responden. Ini memberi satu gambaran bahawa semakin ramai mereka yang mempunyai taraf pendidikan lebih tinggi mula berminat menceburi bidang keusahawanan dan tidak lagi menjadikan bidang ini sebagai pilihan terakhir dalam kerjaya mereka. Oleh itu kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam memberi galakkan kepada pelajar diperingkat sekolah dan juga Univerisiti untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya mereka. Rajah 2 Taburan umur dan taraf pendidikan usahawan mikro Jenis Pemilikan Perniagaan Berdasarkan Jadual 6 di bawah, statistik menunjukan bahawa hampir 70% usahawan mikro berdaftar sebagai milikan tunggal, sementara 23% berdaftar sebagai syarikat sendirian berhad, dan 7% adalah syarikat perkongsian. Jadual 6 Jenis Pemilikan Perniagaan Jenis Pemilikan Frequency Peratus Milikan tunggal 578 Perkongsian 57 Syarikat Sendirian Berhad 191 Lain-lain 4 .5 Total 830 Senario ini menunjukan bahawa usahawan mikro hanya bergerak secara sendirian dan mereka kebanyakannya tidak mempunyai modal yang besar atau mereka tidak mempunyai plan perniagaan yang canggih untuk memasuki pasaran. Di samping itu jenis pemilikan tunggal ini paling mudah untuk ditubuhkan dan tidak memerlukan birokrasi yang rumit. Walau apa pun jenis pertubuhan perniagaan mereka, kerajaan perlu secara berterusan membimbing mereka untuk terus maju dan dapat menjadi syarikat yang besar dan berdaya saing satu masa kelak. Usia Perniagaan Usahawan Mikro Secara umum hampir 55% usia perniagaan adalah kurang dari 5 tahun. Tahap ini dianggap sebagai tahap genting untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. Dari jumlah tersebut berusia antara 3 hingga 4 tahun dan berusia antara 4 hingga 5 tahun. Usia perniagaan yang juga menarik adalah dalam lingkungan antara 8 hingga 9 tahun di mana ia mewakili sementara % pula berusia antara 6 hingga 7 tahun. Usia ini boleh dianggap telah mencapai peringkat matang dan mereka secara umum telah berjaya melepasi tahap kritikel dalam mengharungi cabaran keusahawanan. Jadual 7 Usia Perniagaan Usahawan Mikro Usia Perniagaan Frequency Peratus >1 tahun 28 2-3 tahun 99 3-4 tahun 192 4-5 tahun 138 6-7 tahun 117 8-9 tahun 179 10-15 tahun 37 16-20 tahun 40 Total 830 Perbandingan antara usia perniagaan dan umur usahawan mikro Dapat diperhatikan dari Jadual 8 dan Rajah 3 di bawah, umur responden mempunyai hubungan yang positif dengan usia perniagaan. Usahawan yang mempunyai usia bawah 40 tahun, secara purata usia perniagaan mereka adalah kurang 5 tahun, di mana ia mewakili 68% dalam kumpulan umur tersebut. Sementara usahawan yang umur melebihi 40 tahun secara purata sebanyak 59% usia perniagaan mereka melebihi 5 tahun. Dapatan ini menunjukan bahawa ramai di antara usahawan mikro telah memulakan kerjaya mereka sebagai usahawan pada usia yang muda. Keadaan ini adalah baik namun ia perlu dipergiatkan supaya lebih ramai golongan belia menceburi bidang keusahawan pada usia muda kerana mereka akan mempunyai banyak kelebihan selain dari mempunyai stamina yang lebih tinggi. Jadual 8 Usia Perniagaan dan Umur Responden Usia Perniagaan Umur kurang 40 tahun Umur lebih 40 tahun Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Kurang 5 tahun 295 68% 161 41% Lebih 5 tahun 142 32% 231 59% Total 437 100% 392 100% Rajah 3 Perbandingan antara usia perniagaan dan umur usahawan mikro Anggaran Modal Perniagaan Sebagai usahawan meraka tidak boleh lari dari soal modal. Keperluan kepada modal sangat penting dalam menentukan jenis perniagaan yang mereka hendak ceburi. Berdasarkan dapatan kajian lebih dari separuh responden iaitu hampir daripada usahawan mikro memulakan perniagaan dengan modal kurang dari RM20,000. Dari jumlah ini memulakan perniagaan dengan anggaran modal antara RM5,001 hingga RM10,000, sementara 13% usahawan memiliki modal permulaan antara RM10,001 hingga RM15,000. Ini menunjukan bahawa usahawan mikro memulakan perniagaan secara kecilan dan tidak melibatkan kemahiran yang tinggi serta senang untuk diusahakan. Jadual 9 di bawah menunjukan pecahan anggaran modal permulaan perniagaan. Walau bagaimanapun terdapat kira-kira 21% usahawan mikro memulakan perniagaan dengan jumlah modal melebihi setengah juta Ringgit Malaysia. Perkembangan ini sangat penting, kerana kita ingin menjadikan usahawan sebagai kerjaya utama, maka mereka perlu mendapat pulangan yang setimpal dengan tenaga dan usaha yang dicurahkan. Sekiranya usahawan tidak mendapat pulangan yang sewajarnya mereka akan keluar dari dunia usahawan dan menceburi pekerjaan sebagai buruh biasa yang mendapat gaji bulanan. Selain dari itu kita perlu menggalakkan usahawan menceburi aktiviti perniagaan yang memberi pulangan yang lebih tinggi dengan terlibat dalam sektor berinovasi dan teknologi tinggi. Jadual 9 Anggaran Jumlah Modal Permulaan Perniagaan Jumlah Modal RM Frequency Peratus 200 - 1000 22 1001- 5000 86 5001- 10,000 141 10,001 – 15,000 103 15,001 – 20,000 93 20,001 – 25,000 40 25,001 – 30,000 54 30,001 – 35,000 13 0%10%20%30%40%50%60%70%80%Umur kurang 40 tahun Usia lebih 40 tahunKurang 5 tahunLebih 5 tahun 35,001 – 40,000 31 40,001 – 45,000 10 45,001 – 50,000 63 50,001 – 100,000 110 100,001 – 500,000 31 Lebih 500,000 3 .4 Total 800 Sumber Modal Permulaan Perniagaan Daripada mana sumber modal perniagaan diperolehi oleh usahawan mikro ini? Data dalam Jadual 10 di bawah menunjukkan bahawa hampir 74% dari sumber modal perniagaan diperolehi dari simpanan peribadi, manakala dari pinjaman bank, 8% dari pinjaman daripada keluarga dan adalah dari Institusi Kewangan Mikro atau Kerajaan. Ketidakupayaan usahawan mikro untuk mendapatkan bantuan dari Bank dan Institusi Kewangan merupakan satu femomena yang sering berlaku. Antaranya mungkin disebabkan pihak bank yang mendapati usahawa tidak mempunyai sejarah dan rekod kewangan yang baik bagi melayakkan mereka mendapat pinjaman bank. Mereka juga tidak mempunyai koletrol dan jaminan untuk disandarkan bagi membolehkan pihak bank memberi pinjaman kepada mereka. Sunggup pun demikian, sumber modal yang disediakan oleh kerajaan adalah terhad, oleh itu mereka perlu bersaing antara satu sama lain bagi mendapatkan pembiayaan dari Pinjaman Mikro yang disediakan kerajaan seperti TEKUN. Jadual 10 Sumber Modal Permulaan Perniagaan Sumber Modal Niaga Frequency Peratus Simpanan Peribadi 613 Pinjaman Bank 70 Pinjaman daripada keluarga 66 Institut Kewangan Mikro/Kerajaan 44 Aset Pusaka 26 Pinjaman dari kawan 10 Lain-lain 1 .1 Total 830 Jenis Perniagan Usahawan Mikro Telah dibentangkan di atas bahawa usahawan mikro sangat terbatas keupayaan mereka. Bukan sahaja mereka tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, mereka juga terbatas untuk menyediakan modal bagi memulakan perniagaan. Tambahan pula mereka juga tidak berupaya untuk meyakinkan pihak bank untuk memberi pinjaman kepada mereka untuk memulakan pinjaman. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai sejarah perniagaan dan jaminan yang mencukupi. Oleh itu kita dengan mudah dapat memahami bahawa keterbatasan ini pasti akan mempengaruhi jenis perniagaan yang bakal diusahakan oleh mereka. Dapatan kajian mendapati usahawanan mikro menceburi perniagaan kedai makan, membuka kedai runcit, dan 11% membuka kedai menjual pakaian seperti baju, tudung dan yang berkaitan. Ketiga-tiga perniagaan ini mencakupi hampir 42% dari keseluruhan aktiviti perniagaan usahawan mikro. Secara keseluruhan senarai jenis perniagaan ini dipaparkan dalam Jadual 11 di bawah. Jadual 11 Pecahan jenis perniagaan yang diusahakan oleh usahawan mikro Jenis Peniagaan Frequency % Jenis Peniagaan samb... Frequency % Kedai Makan/Minuman 121 Cenderamata/Bunga 10 Kedai Runcit/Pemborong/Pelbagai 96 Percetakan/Fotostat 9 Kedai Pakaian/Tekstil/Tudung/Butik/Bag 80 11 Kedai Cermin Mata 9 Perkhidmatan Pelbagai 38 Farmasi/Ubatan/Herba 8 Bahan Binaan/Hardware 35 Kedai Kek/Bakery 8 Telekomunikasi/IT/Komputer/Gadget 30 Pelancongan 6 SPA/Kecantikan/Salon/Kesihatan/Kosmatik 26 Klinik 5 Pembinaan/Pemaju/Kontraktor 23 Kedai Gambar 5 Bengkel kereta 18 Kedai Haiwan 5 Perabot/Carpet/Keperluan Rumah 17 Kedai Gunting Rambut 4 Kedai Elektrik/Elektronik 15 Kedai Buku 3 Latihan/Tuisyen/Tadika 15 Pengiklanan 3 Bengkel/Kimpalan/Grill 14 Kedai Emas 3 Pembuatan 14 Pakaian Terpakai/Bundle 2 Makanan Basah/Frozen/Buahan 13 Servis Aircond 2 Kedai Dobi 13 Perkhidmatan Guaman 2 Kedai Jahitan 13 Servis Tayar 2 Pertanian/Baja/Benih 12 Kedai Kenderaan 2 Kedai Alat Tulis 11 Perhotelan 1 Kedai Kasut 10 Bengkel Motor 1 Alat Ganti Kenderaan 10 Logistik/Pengangkutan 1 Kedai Besi 10 Perkhidmatan Insuran 1 Total 726 100 6. Kesimpulan Keusahawanan memerlukan daya kreativiti dan kepintaran perniagaan. Daya kreativiti boleh menjadi berkurang seiring dengan peningkatan usia, tetapi kemahiran dan pengalaman dalam perniagaan meningkat dengan peningkatan usia. Oleh itu keupayaan keusahawanan adalah bergantung kepada dua jenis kebolehan iaitu kreativiti dan kepintaran perniagaan. Kreativiti merujuk kepada keupayaan untuk berfikir dengan cara novel supaya berpisah daripada kaedah pemikiran pengeluaran yang lalu. Secara teori, pekerja muda diandaikan lebih kreatif. Sementara itu kemahiran dan kepintaran dalam perniagaan hanya boleh diperoleh melalui pengalaman on-the-job, bergantung kepada pekerjaan yang dilakukan oleh individu tersebut. Pekerjaan yang memerlukan tenaga fizikal dan tugasan peringkat rendah tidak mungkin dapat memberi kemahiran perniagaan yang diperlukan untuk menjadikan usahawan yang berjaya. Mereka perlu diberi peranan yang lebih besar dan kuasa untuk membuat keputusan. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat bukti positif bahawa ramai usahawan mikro adalah dikalangan mereka yang berumur kurang dari 40 tahun. Namun begitu mereka tidak mempunyai kemahiran perniagaan yang mencukupi, terutama apabila didapati sebahagian besar dari mereka hanya mencapai pendidikan peringkat SPM dan setaraf. Ini mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai pilihan lain selain dari menceburi bidang perniagaan. Walau pun terdapat bukti bahawa golongan lepasan diploma dan ijazah telah menunjukan peningkatan, namum usaha secara bersungguh-sungguh perlu dilakukan supaya lebih ramai dari lepasan Ijazah menceburi bidang keusahawan sebagai kerjaya pilihan. Ini kerana kreativiti dan inovasi banyak lahir dari kekuatan minda dan bukan kekuatan fizikal. Penghargaan Kami ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih khas kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang menaja penyelidikan Pembangunan Bakat Belia dan Keusahawanan di bawah Geran NRGS. Rujukan Acemoglu, D., & Robinson, J. 2012. Why nations fail The origins of power, prosperity and poverty. New York Crown Business. Jabatan Statistik Malaysia. 2013. Banci Ekonomi 2011 Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana. Penerbitan Jabatan Statistik Malaysia. Porter, M., Sachs, J., & McArthur, J. 2002. Executive summary Competitiveness and stages of economic development. In M. Porter, J. Sachs, P. K. Cornelius, J. McArthur, & K. Schwab Eds., The global competitiveness report 2001–2002 pp. 16–25. New York Oxford University Press Rostow, W. W. 1960. The stages of economic growth A non-communist manifesto. Cambridge Cambridge University Press. ResearchGate has not been able to resolve any citations for this Acemoglu James RobinsonIn the West are the 'haves', while much of the rest of the world are the 'have-nots'. The extent of inequality today is unprecedented. Drawing on an extraordinary range of contemporary and historical examples, Why Nations Fail looks at the root of the problems facing some nations. Economists and scientists have offered useful insights into the reasons for certain aspects of poverty, such as Jeffrey Sachs it's geography and the weather, and Jared Diamond it's technology and species. But most theories ignore the incentives and institutions that populations need to invest and prosper they need to know that if they work hard, they can make money and actually keep it - and the key to ensuring these incentives is sound institutions. Incentives and institutions are what separate the have and have-nots. Based on fifteen years of research, and stepping boldly into the territory of Ian Morris's Why the West Rules - For Now, Daron Acemoglu and James Robinson blend economics, politics, history and current affairs to provide a new, persuasive way of understanding wealth and poverty. And, perhaps most importantly, they provide a pragmatic basis for the hope that those mired in poverty can be placed on the path to kerana kreativiti dan inovasi banyak lahir dari kekuatan minda dan bukan kekuatan fizikalSebagai Kerjaya Pilihansebagai kerjaya pilihan. Ini kerana kreativiti dan inovasi banyak lahir dari kekuatan minda dan bukan kekuatan Ekonomi 2011 Profil Perusahaan Kecil dan SederhanaJabatan StatistikJabatan Statistik Malaysia. 2013. Banci Ekonomi 2011 Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana. Penerbitan Jabatan Statistik Malaysia. Malaysia kini semakin pesat membangun dan peluang perniagaan semakin terbuka luas bagi sesiapa sahaja yang ingin menceburinya. Bidang perniagaan boleh menjamin masa hadapan yang cerah, tetapi kebanyakan orang tidak berani mengambil langkah pertama kerana kekurangan modal perniagaan. Jika anda ingin mencuba nasib di dalam arena perniagaan, jangan khuatir meskipun anda masih tidak cukup wang di dalam akaun bank anda. Ada banyak cara-cara untuk mendapatkan modal perniagaan dan di bawah ini terdapat beberapa pilihan yang pinjaman kerajaan dan separa kerajaanBagi mereka yang masih bertatih dalam dunia perniagaan, memohon dana daripada badan-badan pinjaman di bawah naungan kerajaan adalah satu pilihan yang wajar. Ramai ahli perniagaan Melayu yang mengenali TEKUN, PUNB, MARA dan TABUNG EKONOMI BELIA. Layarilah laman-laman sesawang mereka untuk mengetahui syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi mendapatkan dana dana yang diberi adalah dalam bentuk pinjaman, dan tempoh bayaran balik yang dikenakan tidaklah begitu membebankan. Contohnya, jika anda meminjam daripada TEKUN sebanyak RM5,000 anda diberi sehingga 5 tahun untuk melangsaikan keseluruhan jumlah tersebut. Ini bermakna ansuran yang perlu anda bayar setiap bulan hanya berjumlah kira-kira RM80 – BankAnda boleh meminjam daripada bank tempatan atau antarabangsa. Meskipun begitu, ramai yang memilih bank tempatan kerana syarat yang dikenakan lebih mudah dipenuhi. Jika anda seorang warganegara Malaysia, terdapat banyak bank yang sedia menghulurkan bantuan modal. Antara jenis-jenis pembiayaan yang tersedia adalah Pinjaman Peribadi BSN, Pembiayaan Agrocash Agrobank, Pinjaman Mekanisasi Bank Pertanian. Pembiayaan Mikro Islamik Maybank dan Pinjaman Tunai CIMB. Realitinya, boleh dikatakan semua bank tempatan ada menawarkan pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan. Oleh itu terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan yang paling Aset PeribadiAda di kalangan anda yang mungkin cukup bertuah kerana mempunyai aset peribadi yang tidak mengalami susut nilai. Contoh terdekat ialah hartanah. Rumah kediaman dan tanah lot, misalnya, akan sentiasa mengalami peningkatan harga dari semasa ke semasa. Jika anda menjual sekeping tanah seluas suku hektar, wang yang diperolehi mungkin sudah memadai untuk memulakan perniagaan yang kecil. Namun, anda harus beringat agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan semangat untuk memulakan perniagaan. Menjual rumah kediaman yang anda sedang duduki, misalnya, bukanlah tindakan yang wajar. Imbangi risiko yang anda ambil agar anda dapat mengumpul modal perniagaan tanpa menjejaskan kualiti hidup dan bon juga tergolong dalam kategori aset peribadi. Amanah Saham Bumiputera ASB adalah satu contoh yang paling mudah. Semua bumiputera layak untuk membuka akaun ASB, dan pada setiap hujung tahun pemegang akaun akan menerima bonus dan dividen pada kadar kira-kira 7% – 9% daripada jumlah simpanan. ASB adalah antara pemberi pulangan dividen dan bonus yang tertinggi di Malaysia setakat ini. Walaupun begitu, cara ini agak memakan masa kerana anda tidak akan diberi wang segera. Sebagai alternatif, anda boleh membuat pinjaman ASB di mana pulangan yang besar dapat dinikmati dengan jika anda meminjam sebanyak RM50,000, pada hujung tahun pertama pinjaman dibuat, anda sudah layak mendapat dividen dan bonus daripada RM50,000 dan bukannya daripada jumlah ansuran yang telah dibayar. Ini bermakna setiap tahun anda akan mendapat kira-kira RM4,000 dan jumlah ini boleh dikeluarkan untuk menambahkan keluargaIni adalah cara yang paling selamat kerana pada asasnya anda meminjam daripada ahli keluarga sendiri. Biasanya, ahli keluarga tidak menetapkan sebarang faedah ke atas jumlah pinjaman, dan tempoh pinjaman juga amat fleksibel. Jika anda lebih bertuah, mungkin ada ahli keluarga yang ingin melabur di dalam perniagaan anda. Lazimnya, ahli keluarga cukup berkompromi dan anda hanya perlu membuat bayaran balik apabila perniagaan anda mula menjana Perniagaan senang dicariDunia ini luas dan rezeki sentiasa ada bagi mereka yang rajin berusaha. Berniaga merupakan salah satu punca rezeki yang terbesar, oleh itu sayang sekali jika anda tidak merebut peluang yang terhidang di hadapan mata. Dalam kemakmuran yang kita nikmati kini, cuba pelbagaikan cara-cara mendapatkan modal perniagaan agar anda boleh mula berniaga dalam masa terdekat. Berusahalah dan yakini diri kerana lambat-laun kejayaan pasti menjenguk jua. Usahawan dan ahli perniagaan sebenarnya adalah dua perkara yang berbeza. Mungkin ada sesetengah yang menganggap keduanya adalah perkara yang sama, namun daripada beberapa sudut-sudut tertentu kedua ini mempunyai jurang yang agak ketara. Usahawan adalah individu yang mengusahakan sesuatu perniagaan daripada tiada apa-apa sehingga perniagaan mereka berjaya, manakala ahli perniagaan pula adalah golongan oportunis yang akan menyambar apa sahaja peluang di depan mata demi mendapatkan keuntungan. Seorang usahawan yang benar-benar tulen biasanya tidak meletakkan keuntungan semata-mata sebagai satu-satunya objektif mereka dalam perniagaan. Ada yang ingin meyelamatkan alam sekitar, ada yang ingin membantu memperkasakan sesuatu industry, atau ada juga yang ingin menyumbang ke arah peningkatan sosio ekonomi masyarakat bawahan. Semua ini tidak ada dalam kamus hidup seorang ahli perniagaan kerana mereka tidak ambil peduli tentang hal-hal lain asalkan poket mereka terisi. Oleh sebab itu, untuk saya mendefinisikan siapa usahawan yang berjaya di Malaysia, saya tidak hanya memandang kepada kejayaan mereka mengumpul harta semata-mata tetapi juga termasuk kriteria-kriteria lain yang membezakan antara usahawan dan ahli perniagaan. Berikut adalah beberapa nama yang boleh dikategorikan sebagai usahawan yang berjaya di Sri Syed Mokhtar Al BukhariNama ini sudah tentu tidak asing lagi kerana beliau adalah salah seorang usahawan Bumiputera yang berjaya mengekalkan kedudukan diantara individu yang terkaya di Malaysia. Apa yang hebatnya dengan Tan Sri Syed Mohktar ni? Kalau nak diukur dengan kekayaan semata-mata, sememangnya masih ramai lagi yang lebih kaya daripada beliau, tetapi kalau kita lihat kepada sejarah beliau di dalam bidang perniagaan saya yakin beliau adalah antara usahawan yang benar-benar layak untuk di jadikan contoh. Beliau berasal daripada keluarga yang susah dan tidak mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, hanya mampu setakat SPM jangan mudah kita menganggap sijil itu adalah pengukur kepada kepintaran seseorang kerana Tan Sri Syed Mohktar telah membuktikan tanpa segulung ijazah beliau mampu untuk menyusun strategi dalam perniagaan beliau sehinggakan beliau sangat dihormati oleh golongan professional. Hanya bermula dengan perniagaan daging secara kecil-kecilan di pasar, kini beliau sudah mempunyai pegangan saham dalam puluhan syarikat di dalam mahupun di luar bagaimanapun, semua itu tidaklah semudah yang kita sangkakan, kerana sepanjang bergelumang di dalam bidang perniagaan, beliau juga turut mengalami kerugian berkali-kali sehingga ke tahap ingin berputus asa. Tan Sri Syed Mohtar juga adalah seorang dermawan yang sangat banyak membantu komuniti dalam pelbagai aspek antaranya bidang pendidikan, fakir miskin dan alam sekitar. Akhir sekali, beliau juga mempunya karektor universal seorang tokoh usahawan, iaitu sikap merendah diri beliau yang kekal konsisten sehingga ke hari ini. Beliau sangat jarang dapat dilihat di khalayak ramai mahupun di dalam media massa, jauh sekali mahu menayangkan kekayaan yang beliau ada kepada umum walaupun beliau adalah seorang usahawan yang berjaya di Faroz bin Mohamed JakelNama Datok Faroz ni mungkin tak ramai yang kenal tapi bila dengar nama ayah beliau, rasanya ramai dah dapat meneka siapa beliau kan?? Ya, jenama Jakel yang kita pakat serbu masa hari raya itulah milik kepada Datok Faroz. Asalnya, memang perniagaan Jakel ini dijalankan oleh ayah beliau sejak tahun 1985 lagi di bandar kecil segamat begitu, beliau sebenarnya adalah pembantu utama ayah beliau sejak beliau berusia belasan tahun lagi. Sejak daripada itu, perniagaan ayahnya berkembang sedikit demi sedikit namun bukanlah dalam skala yang besar. Perniagaan Jakel ini mula mengalami peningkatan ketara apabila Datok Faroz mengambil alih perniagaan daripada ayah beliau setelah ayahnya meninggal dunia pada tahun 2009. Antara langkah drastik yang diambil oleh Datok Faroz adalah tindakan beliau untuk mengimport kain-kain secara terus daripada korea walaupun pada masa itu perniagaan jakel masih lagi dikategorikan sebagai perniagaan yang kecil. Beliau dipandang sepi dan diketawakan orang sekeliling kerana mereka menganggap Datok Faroz sekadar adalah antara ciri-ciri yang ada pada seorang usahawan yang sebenar apabila mereka tidak mudah mengalah kepada cakap-cakap negative, sebaliknya berusaha keras memastikan tanggapan orang terhadap mereka itu adalah salah. Kini Jakel sudah menjadi satu perusahaan yang cukup gah dan dikenali seluruh Malaysia hasil daripada usaha gigih Datok Faroz dan keluarga. Jadi tidak boleh dipertikaikan lagi kedudukan Datok Faroz sebagai salah seorang usahawan yang Berjaya di Haji SamuriSebut sahaja sate pasti kita akan terbayangkan keenakan sate kajang kerana tiada lagi mana-mana jenama yang mampu menyaingi kehebatan jenama sate kajang dalam bidang ini. Namun tidak ramai yang kenal akan tokoh di sebalik jenama sate kajang haji Samuri ini. Dato’ haji Samuri merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan sate sejak zaman sekolah lagi. Beliau membantu perniagaan bapa saudaranya iaitu Haji Tasnim yang sudah agak terkenal dengan perniagaan sate. Selepas kematian bapa saudaranya pada tahun 1992, Haji Samuri diminta oleh anak-anak Haji Tasnim untuk meneruskan perniagaan arwah bapa mereka, kerana hanya Dato’ Haji Samuri sahaja yang benar-benar faham dan pakar dalam menguruskan perniagaan sate melawan arus, Dato’ Haji Samuri menjenamakan semula perniagaan sate Haji Tasnim kepada Sate Kajang Haji Samuri dengan bermodalkan Rm 18,000. Walaubagaimanapun, tindakan beliau itu telah mengundang masalah kerana pelanggan setia sate Haji Tasnim tetap mahukan sate haji Tasnim yang asal. Dato’ Haji Samuri tidak berputus asa dan terus tabah mengharungi pelbagai cabaran sehingga akhirnya kini perniagaan sate Haji Samuri telah berjaya bertapak kukuh sebagai jenama sate nombor satu di Malaysia. Kini, jaringan restoran sate beliau sudah menjangkau puluhan cawangan dan turut menubuhkan kilang memproses sate sendiri yang terletak di Bangi. Oleh itu, Dato’ haji Samuri sangat sesuai untuk diletakkan sebagai antara usahawan yang Berjaya di Haji Ramly MokniSeperti yang saya terangkan tentang perbezaan antara usahawan dan ahli perniagaan antaranya adalah keprihatinan mereka terhadap keadaan sekeliling. Ini adalah ciri-ciri yang terdapat pada usahawan Dato’ Haji Ramly Mokni pengasas Syarikat Ramly Food Prossesing Sdn Bhd yang terkenal dengan daging burger jenama Ramly. Beliau bermula sebagai peniaga burger kecil-kecilan, dan beliau juga berniaga daging di pasar pada waktu yang sama. Ketika berniaga di pasar dan juga menjual burger, Dato’ Ramly mula mempersoalkan akan status halal dan kebersihan sumber daging yang digunakan untuk membuat daging burger yang beliau jual seharian. Rentetan daripada itu, Dato’ Ramly bertekad untuk membuat sendiri daging burger beliau dan mula menjualnya secara perjalanan perniagaan beliau juga penuh dengan liku-liku yang membuatkan beliau insan hebat seperti hari ini. Antaranya, beliau dikatakan pernah memohon bantuan perniagaan daripada salah satu agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu usahawan Bumiputera pada tahun 90 an. Apabila ditemuramah oleh pegawai yang bertugas, Dato’ Ramly menegaskan bahawa beliau mahu mewujudkan sebuah syarikat memproses makanan sejuk beku yang bersih dan halal. Beliau diketawakan oleh pegawai tersebut kerana pada ketika itu, industri sejuk beku adalah terlalu asing di Malaysia apatah lagi untuk bahan-bahan makanan segera seperti burger dan sebagainya. Hal ini membuktikan seorang usahawan yang berjaya sentiasa berfikir jauh kehadapan dan tidak selalunya dipersetujui oleh orang biasa. Kini, jenama Ramly sudah dieksport ke beberapa negara dan jualan tahunan mencecah jutaan ringgit.

jenis usaha di malaysia